Thursday, January 14, 2021
Home Tips Akibat Tiada Pengetahuan Tentang Khairat Kematian,Ramai Waris Yang Tidak Buat Tuntutan

Akibat Tiada Pengetahuan Tentang Khairat Kematian,Ramai Waris Yang Tidak Buat Tuntutan

Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.

Berikut abg senaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
– Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
– RM 2,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
– RM 2,500
– Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
– RM 3,000
– Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian BRIM
– RM 1,000
– Syarat: si mati adalah penerima BRIM

6. Khairat Kematian ASNB
– RM 200 – RM 2,000
– Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
– RM 2,000 – RM 5,000
– Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
– RM 500 – RM 5,000
– Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

Khairat kematian ni bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.

Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan pengekebumian jenazah.

Dapat sesuatu ?

BACA JUGA  Theme Newspaper X Untuk Blogger Blogspot

Boleh tolong abg share post ni supaya dapat bantu waris yang  ditimpa kematian ahli keluarga.

Kredit: Admin whatsapp Takaful Insurance Sharing

Follow this link to join WhatsApp group Takaful Insurance Sharing: https://chat.whatsapp.com/JuokMiWG6NjDsZQ0qvWn7M

BACA JUGA  Berkarya Dengan Bonsai Setelah Terpengaruh Dengan Group FB Akademi Bonsai Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular