HomeHiburanBersukaria di Happy Land Tesco Setia Alam

Bersukaria di Happy Land Tesco Setia Alam

Hari ini saya bawa anak-anak berjalan,katanya nak jalan-jalan nak main-main kat taman tapi tak nak tempat panas sebab takut nanti baby Muhammad nangis. Haa betul jugak kan baby Muhammad baru berusia 2 bulan lebih. Jadi Happy Land di tesco setia alam ni la yang jadi pilihan sebab dekat dengan rumah kami di Pekan Meru. Nak pergi tempat lain yang jauh kena buat kira-kira akaun pulak.

Happy Land ni berada di tingkat atas Tesco Setia Alam. Tempat permainan kanak-kanak yang berhawa dingin. Tempat main yang lembut dan tidak merbahaya. Tapi Happy Land ini berbayar. Bukan main lama pun kan layan-layan angin dia orang je. Terperap dekat rumah lama sangat pun boring jugak. Hilang kan stress Faris(5 tahun), Fathia(4 tahun) dan Fateh(1 tahun lebih). Sementara baby Muhammad Fayyad berada dalam dukungan Umi nya.
Tempat permainan Kanak-kanak
Happy Land Tesco Setia Alam
Kawalan rapi oleh Pengiring rapat

Sebenarnya ini adalah kali kedua kami sekeluarga masuk Happy Land. Kali pertama masuk Baby Muhammad masih lagi dalam perut. Mereka semua ni hampir sebaya je semua jadi Naluri untuk bermain itu tinggi.

Selesai bermain walaupun sekejap tetap kena keluar tegas dan berdisiplin bermain kena ikut masa yang diberi…haha tak boleh boleh lama-lama. Nanti tumpui yob. Dah keluar turun ke foodcourt cari makan la pulak. Sambil makan sambil berharu-biru. Adat ada ramai anak kecik nih.

Majlis makan beradap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Recent Comments