Monday, January 25, 2021
Home Tips Cara tingkatkan fokus

Cara tingkatkan fokus

Dalam meniti perjalanan kehidupan, seseorang manusia sering lalai dan tersasar dari tujuan sebenar atau lari dari target sendiri akibat dari pengaruh sekeliling.

Topik kali ini akan membincangkan secara ringkas bagaimana cara tingkatkan fokus. Salah satu sumber di petik dari Buku focal point.

Buku focal point ini di tulis oleh Penulis Bestseller antarabangsa iaitu Brian Tracy. Mengikut kata Jim Tunney, pengarang bersama, Chicken Soup for the sports Fan’s Soul:
“Tracy sekali lagi mempamerkan keupayaannya yang mengagumkan dalam menghubung kait pertalian topik yang dibicarakan dalam focal point. Tanpa gentar,matlamatnya cukup luas-iaitu menjawab persoalan bagaimana mencapai kejayaan tanpa mengorbankan kehidupan yang seimbang dan bahagia. Beliau berjaya menyampaikannya dengan berkesan. Tiada seorang pun penulis masa kini yang sebegini mahir dalam memberikan nasihat berhikmah dengan di sokong oleh contoh-contoh bermakna yang berjaya “menepati sasaran” dan mendorong kepada perubahan yang membawa kepada kebahagiaan, iaitu perubahan terarah kendiri.”

Di dalam focal point mengandungi 12 bab iaitu:-

  1. Buka potensi sepenuhnya
  2. Gandakan Produktiviti
  3. Mudahkan Hidup Kita
  4. Memanfaatkan Sumber berharga kita
  5. Amalkan perancangan,srategi peribadi
  6. Semarakkan perniagaan dan kerjaya kita
  7. Meningkatkan kehidupan keluarga dan peribadi kita
  8. Mencapai kebebasan kewangan
  9. Nikmati kesihatan dan kecergasan yang hebat
  10. Mencapai potensi diri sepenuhnya
  11. Mengubah keadaan komuniti kita
  12. Pembangunan spiritual dan ketenangan jiwa.
Tapi saya bukan nak kongsi kesemua bab diatas. Sekadar ambil spot point penting.

Baik, bagaimana cara tingkatkan focus kita ialah:

  1. Kita anggap diri kita ini seolah-olah bekerja sendiri. Jadi kita perlu bertanggungjawab dalam tugasan kita.
  2. Mengenalpasti beberapa perkara yang dapat kita lakukan,yang lebih bernilai dan perkara yang sangat penting berbanding dengan perkara-perkara lain. Asingkan.
  3. Latih titik fokus diri kita dengan disiplinkan diri supaya memfokuskan seluruh tenaga dan tumpuan kepada tugas-tugas spesifik yang sudah dikenalpasti.
  4. Mudahkan semua perkara dan henti melakukan sebanyak mungkin perkara-perkara yang rendah nilainya. Ini memberikan kita lebih masa pada perkara yang lebih penting untuk kita kuasai.
  5. Dapatkan sumber dari orang lain untuk menjimatkan masa dan tenaga. Contohnya Pengetahuan orang lain,tenaga,wang,kejayan,kegagalan,idea dan juga kenalan orang lain.
  6. Sentiasa bertindak pantas dalam melakukan usaha untuk perkara penting dan insan penting dalam hidup kita.
  7. Gandakan diri kita dengan melihat atau meniru contoh-contoh yang dilakukan oleh orang lain yang memiliki kemahiran dan kebolehan dalam perkara sama dengan perkara yang kita lakukan.
  8. Jelaskan sejelas-jelasnya matlamat kita yang kita targetkan.(ini kuncinya)
  9. Dalam usaha harian yang dilakukan setiap hari, kita harus mengambil sekurang-kurangnya 1 hari pelepasan atau hari rehat. Dan hentikan semua perkara di dalam masa bercuti. Hentikan membalas surat,email,handfon dan sebagainya. Tingkatkan kualiti waktu rehat supaya titik fokus kita masa bekerja nanti menjadi lebih tajam.
  10. Tingkatkan kehidupan keluarga dan perbadi kita “kejayaan dalam kehidupan umum tidak dapat menggantikan kegagalan dalam kehidupan rumah tangga kita.
  11. Jangan lupakan program-program spiritual atau program keagamaan. Sentiasa lakukan aktiviti di dalam program keagamaan. Ini boleh mendatangkan ketenangan jiwa sehingga boleh menyegarkan daya titik focus kita.
Selain dari beberapa perkara-perkara diatas,pemakanan juga sangat penting di dalam soal cara meningkatkan fokus. Pemakanan harian kita menentukan zat dan vitamin yang di perlukan di dalam badan kita. Jika sumber vitamin tidak mencukupi di dalam badan, ini boleh menyebabkan kesihatan terganggu dan seterusnya mengganggu pula daya kerja dan daya fokus kita.

Tingkatkan pemgetahuan kita tentang pemakanan-pemakanan yang berkhasiat. Pemakanan apa dan bagaimana,yang boleh memberikan sumber vitamin dalam badan kita. Dan ambil tahu juga sedikit tentang suplemen-suplemen yang ada di pasaran yang terbukti dan mempunyai ujian klinikal seperti landmark study. Jangan di pilih suplemen-suplemen yang asal boleh dijual, tanpa kajian takut-takut kesihatan kita menjadi lebih teruk.

Sumber vitamin ape yang boleh meningkatkan daya fokus kita??

Salah satu dari beberapa vitamin yang diperlukan ialah Omega guard. Di dalam omega guard mengandungi Omega 3,dha dan epa yang boleh menyokong sel perkembangan otak supaya lebih baik. Manakala vitamin B complex pula membantu melawan simpton kemurungan dan tekanan. Sangat jelas ya fungsi vitamin di dalam soal kesihatan kita.
Sila lawat blog ini untuk rujukan lanjut mengenai suplemen:-
https://www.fatinhamzah.com
BACA JUGA  Didik diri dengan ilmu kewangan

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

BACA JUGA  Theme Newspaper X Untuk Blogger Blogspot