HomeCeritaCerita Penubuhan Persatuan Penduduk Meranti Merah

Cerita Penubuhan Persatuan Penduduk Meranti Merah

Assalamualaikum…

Hari ni abi nak cerita sikit tentang penubuhan persatuan penduduk meranti merah taman desa permai kapar selangor.

Taman perumahan ini adalah taman baru, jadi jiran-jiran semua adalah penduduk baru yang menetap di jalan meranti merah yang terdiri dari pelbagai negeri dan bangsa. Dan juga dari kalangan pelbagai kerjaya.

Awal mula menetap di sini pada tahun pertama, berlaku 2,3 kejadian pecah rumah. Biasa lah pada masa tu kan semuanya masih baru masing-masing dengan hal sendiri tiada lagi suasana dan semangat kejiranan.

Dalam tahun 2015 mula lah tercetusnya semangat untuk berpakat secara tidak rasmi oleh beberapa orang penduduk. Dua tiga kerat je yang bagi sambutan dan masih ramai lagi yang belum faham tentang kepentingan berjiran dan berpersatuan.

Jalan berliku bagi pihak jawatankuasa awal

Hidup segan mati tak mahu, jawatankuasa bergerak perlahan di sebabkan oleh kelembapan sambutan terhadap cita-cita jawatankuasa awal dan cadangan untuk merialisasikan sistem persatuan di lihat hambar.

Kutipan bulanan yang di jalankan oleh ajk juga gagal, biasa lah semua masih baru dan masih terpinga-pinga.

Kemudian pada awal tahun 2016 baru lah mendapat sedikit sambutan termasuk abi sendiri menyambut baik perkara ini dan abi memberi beberapa cadangan termasuklah cadangan abi supaya pakatan ini menjadi lebih rasmi dan bersistem lengkap dengan semua jenis peringkat ajk.

Dan beberapa jiran lain juga mula memberi sambutan dan cadangan-cadangan yang bernas. Perjumpaan demi perjumpaan di lakukan untuk berkenalan dan bersilaturahim dengan jiran-jiran. Semakin hari semakin positif. Dan berlansung lah beberapa mesyuarat kecil dari penduduk. Berlaku juga perbincangan di dalam group whatsapp.

Semboyan di tiup untuk menganjurkan mesyuarat agong pertama…

Berlansunglah beberapa kali mesyuarat penduduk dan berlaku lah perlantikan baru jawatan-jawatan kuasa bagi memenuhi carta organisasi persatuan penduduk meranti merah. Pengerusi,bendahari,setiausaha dan juga ajk-ajk lain.

Permohonan untuk mendaftarkan persatuan di buat dan di hantar kepada ROS atau JPPM ( Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia). Dan pada 22/04/2016 permohonan persatuan di luluskan oleh JPPM.

Maka dengan rasminya ahli-ahli dan para ahli jawatan kuasa memikul amanah dan tanggugjawab bersama demi jiran tetangga. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Ringan sama di jinjing berat sama di pikul. Cubit peha kanan,peha kiri pasti terasa…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Categories

Exchange

MYR - Malaysian Ringgit
AUD
3.1
BGN
2.5
BRL
0.7
CAD
3.4
CHF
4.5
CNY
0.7
CZK
0.2
DKK
0.6
EUR
4.8
GBP
5.7
HKD
0.5
HRK
0.6
HUF
0.0
IDR
0.0
ILS
1.3
INR
0.1
JPY
0.0
KRW
0.0
MXN
0.2
NOK
0.5
NZD
3.0
PHP
0.1
PLN
1.0
RON
1.0
RUB
0.1
SEK
0.5
SGD
3.1
THB
0.1
TRY
0.4
USD
4.2
ZAR
0.3