Wednesday, January 13, 2021
Home Tips Cipta Ruangan Kita Sendiri Dalam Internet

Cipta Ruangan Kita Sendiri Dalam Internet

    Bismillah…


    Penulisan kali ini mengenai peluang kita di dalam internet atau pun media sosial. Walaupun media sosial ada baik dan buruknya, kita perlulah menggunanya dengan berhati-hati dan berwaspada jika kita hendak membina rangkaian kita sendiri. Ada aplikasi seperti facebook,twitter,linkedln dan sebagainya bagi memudahkan kita mencipta ruangan atau perkampungan atau padang kita sendiri. Manakala ada juga yang berbual dan bersembang setiap hari dengan perkara yang tidak bermakna. Berbillion orang,ramai sangat begini perbualan kosong,tidak bermakna dan rintihan yang entah apa-apa.


    Padahal media sosial ini boleh di gunakan untuk membina kerjaya kita dan bukan memusnahkannya. Kita boleh saja menggunakan internet ini sebagai ruang untuk kita menonjolkan satu-satu kepakaran kita di dalam setiap bidang masing-masing. Internet umpama bandar yang luas yang sepatutnya kita bina ‘perkampungan’ sendiri di dalamnya.


    Ada banyak tempat dalam internet yang boleh kita cipta ruangan perkampungan kita sendiri dan salah satunya adalah di blog. Mulakan memperkenalkan diri kita di blog dan bina kerjaya kita disini. Cukup mudah hanya memerlukan masa beberapa minit sahaja setiap hari untuk mengemaskinikannya. Beri sesuatu sumbangan di blog yang mampu menarik minat orang yang faham tentang nilai sumbangan itu. Paparkan ‘resume’ atau kepakaran yang ada di blog. Terbitkan segala idea,hasil penemuan,bacaan,pencapaian dan sebagainya yang berkaitan dengan sumbangan kita. Banyak lagi la kelebihan blog ni, saya ringkaskan je:


  • umur dan kekayaan informasi di dalam blog kita mampu memberi impak yang besar dalam pembinaan kerjaya ataupun perniagaan
  • blog lebih penting dari kad bisnes
  • bakal pelanggan atau majikan akan menemui kita di blog apabila mereka perlu bantuan menyelesaikan masalah
  • blog menggambarkan kita sebagai jalan penyelesaian
  • blog menyebabkan kita menerima tawaran daripada mereka dan bukan sebaliknya
  • ia membantu mereka memahami kebolehan dan kelebihan kita berbanding hanya beberapa halaman resume
    Selain blog,ebook juga penting dan merupakan cara terbaik memasarkan diri sebagai pakar dalam bidang tertentu seperti menulis buku. Namun hendak terbitkan buku bukan sesuatu yang mudah dan tinggi kosnya. Sebaliknya,ebook ni percuma ataupun tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya dan mudah di edarkan. Bila sumbangan dan topik di dalamnya relevan, ebook mampu mendapat beribu, malah berjuta pembaca dan peminat dalam masa beberapa hari.
 
    Contoh dan testimoni hebat mengenai blog dan ebook ialah:
 
  1. Usahawan india,shyam Gokarn. Dia menyedari peningkatan 30% setahun dalam pasaran wain di india,shyam menggunakan minat beliau dalam minuman wain dengan kepakarannya dalam bidang pemasaran bagi menghasilkan ebook,CUTTING EDGE ISSUES OF MARKETING WINE IN INDIA dengan ketebalan 540 muka surat. Dengan ebook itu beliau berjaya mencipta namanya di internet sebagai pakar dalam perniagaan wain.
  2. Bekas pegawai pemasaran syarikat Apple, Steve Chazin,pernah menerbitkan ebook dan blog yang popular mengenai rahsia pemasaran syarikat. Hasilnya,beliau mempunyai ramai peminat yang membayarnya untuk beliau bercakap dan menasihati syarikat mereka. Kata beliau, orang “kampung” dapat,mengenali diri saya melalui ebook dan blog saya dengan lebih mendalam dan tidak mungkin dapat di lakukan melalui resume.

 

           Setiap point di dalam artikel ini, saya petik dari buku GREAT WORK GREAT CAREER
 
    Petikan penting dalam buku ini;
           “cara terbaik bagi kamu belajar daripada buku ini adalah dengan mengajarkannya kepada
            orang lain. Pasti kita semua sedar,guru yang mengajar lebih memahami perkara yang di 
             ajarnya berbanding anak didiknya.”….bla bla bla

.

BACA JUGA  Tutorial Aktifkan Script Anti Control-U

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular