Wednesday, January 20, 2021
Home Tips Didik diri dengan ilmu kewangan

Didik diri dengan ilmu kewangan

Ramai orang gagal menguruskan wang masing-masing hanya kerana tiada displin dan gagal mematuhi apa yang telah dirancangkan sebelum ini. Ramai juga yang masih keliru dengan asas-asas dan prinsip-prinsip simpanan serta pelaburan yang sebenarnya.

Masih ramai yang tiada idea tentang simpanan sebenarnya, biarpun mereka sendiri telah membuat simpanan. Begitu juga dengan pelaburan, ramai yang melabur tetapi tidak faham kenapa mereka melabur. Bahkan ada yang tidak tahu kenapa mereka terpaksa berhutang?

Ada juga yang terlalu fokus dan terkejar-kejar keuntungan segera sehingga sanggup mengenepikan logik dan prinsip pelaburan dan keuntungan. Akibatnya lebih ramai yang berputih mata menanggung kerugian daripada mengaut keuntungan yang berganda!

Tidak kira berapa banyak wang yang kita perolehi, sedikit atau banyak bukanlah ukurannya. Apa yang lebih penting ialah untuk mendidik diri kita sendiri tentang pengurusan kewangan yang wajib kita kuasai.

*MENGENAI PENULIS*

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan Blogger dan juga Usahawan Internet yang banyak berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kewangan terutama sekali dalam niche ‘Kewangan Peribadi’.

Sehingga kini beliau telah menulis lebih 15 buah ebook dalam niche ‘Kewangan Peribadi’ termasuk judul paling laris setakat ini “Panduan Wang Gaji” & “Panduan Bebas Hutang”.

Buku beliau berjudul Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang telah pun berada dipasaran sejak tahun 2009 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga kini.

Matlamat beliau adalah untuk membantu orang ramai menguasai kewangan peribadi masing-masing agar menjadi lebih baik dan teratur.

Untuk mempelajari tips bagaimana hendak mengurus wang dengan lebih efektif, anda boleh lawati link berikut :

BACA JUGA  14 TIP POWER FACEBOOK UNTUK MEMBINA JENAMA DAN PERNIAGAAN

[klik disini]

BACA JUGA  Kata-kata Jack Ma

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular