Friday, January 15, 2021
Home Bisnes EKONOKRASI DAN CELIK EKONOMI

EKONOKRASI DAN CELIK EKONOMI

EKONOKRASI DAN CELIK EKONOMI

1. Perbincangan hal ekonomi dengan data-data dan teori sememangnya tidak diminati ramai, mungkin kerana ia satu subjek sukar untuk difahami. Namun semua lapisan rakyat tahu dan faham bahawa isu ekonomi berkaitrapat dengan kehidupan mereka. Pertumbuhan ekonomi, inflasi, pengangguran, kadar bunga pinjaman, pekerja asing, penawaran ayam di musim perayaan, pemberian bonus/bantuan khas kewangan hujung tahun, semua ini adalah isu ekonomi, dan ia sangat dekat dengan kehidupan seharian rakyat.

2. Saya akui terdapat jurang kefahaman di sana. Perbahasan ekonomi oleh sekelompok manusia yang mungkin faham ilmu ekonomi, bertugas dalam bidang berkaitan ekonomi, atau terlibat secara langsung dalam membuat polisi ekonomi, mereka ada lenggok bahasa mereka tersendiri. Lalu sebahagian masyarakat (mungkin sebahagian besar) yang barangkali tidak belajar dan di luar bidang itu, tidak dapat mencapai kefahaman yg sama. Ada juga sebahagian lagi rakyat yang memilih bersikap tak endah atau cakna pada perbahasan ekonomi.

3. Perbahasan ekonomi tidak dapat lari dari dikaitkan dengan politik. Ini kerana, kerajaan yang dipilih bertanggungjawab membuat polisi ekonomi. Rakyat yang kurang faham ekonomi tadi, mereka telah memilih kerajaan untuk membuat polisi ekonomi bagi pihak mereka. Dan kerajaan mempunyai pakar-pakar ekonomi sendiri, lalu polisi-polisi diputuskan dengan nasihat dan konsultasi pakar-pakar tersebut.

4. Apabila membaca komen-komen di tulisan saya sebelum ini berkaitan pertumbuhan ekonomi dan jurang pendapatan, saya tertarik untuk membawa pembaca kepada buku bertajuk Econocracy: The Perils of Leaving Economics to the Experts.

5. Maksud ekonokrasi secara ringkasnya, ialah: sebuah sistem politik yang menjadikan ekonomi, dan semua polisi yg berkaitan dengannya, sebagai jalan mencapai matlamat politik. Lalu masyarakat di dalam sistem ini dibiarkan tidak celik/faham hal berkaitan ekonomi (dek kerana bahasa dan termanya, model dan teorinya, data-data dan nombornya), lalu semua hal ekonomi itu perlu diserahkan kepada pakarnya sahaja.

BACA JUGA  J&T Express Meru Klang
BACA JUGA  Chicken Chop Power Di Deazna Cafe,Tawang Bachok,Kelantan

6. Buku ini amat menarik bagi saya. Walapun latarbelakangnya situasi ekonomi di UK, namun tema umum buku ini ialah economics for everyone (ekonomi untuk semua) dan rethinking economics (fikir-semula ekonomi? -entah tak tahu saya terjemahan tepat rethinking).

7. Banyak aspek disentuh dalam buku ini seperti sistem ekonorasi menjadi pilihan kerajaan untuk mencapai matlamat politik mereka, rakyat perlu celik dan faham ekonomi, krisis ekonomi berlaku akibat salah polisi akan memberi kesan pada seluruh masyarakat termasuk yg tidak faham tadi, pembuat polisi mesti berani berdepan dengan penilaian rakyat (public scrutiny), pendidikan/pengajaran subjek ekonomi mesti dibebaskan dari teori-teori sekolah pemikiran lama (classical/neoclassical economics) dan model yg simplistik, kepada pendidikan ekonomi bersifat pluralis, iaitu mengambil kira aspek politik, sosial, alam sekitar, dan sisi lain kehidupan manusia.

8. Matlamat akhir penulis buku ini, Joe Earle dan dua lagi kawannya, mereka mahu mewujudkan masyarakat yang celik dan faham ekonomi, pakar ekonomi dan kerajaan mestilah mampu memahamkan rakyat setiap polisi ekonomi yang dibuat mereka, dan berani berdepan pertanyaan & penilaian masyarakat. Pakar ekonomi yang lahir dari pendidikan formal subjek itu mestilah menjadi pembuat polisi ekonomi yang mengambilkira kepentingan masyarakat terbanyak (the citizen economists).

9. Perkongsian di bawah adalah sekadar contoh betapa ekonomi berkaitrapat dengan politik dan pemain politik dalam sesebuah negara.

9a. Ketika saya hadir konferen Rethinking Economics di London Julai lalu, di dalam salah satu pembentangan, pembentang menyebut dalam temuramah beliau dengan seorang pegawai kerajaan UK yang terlibat membuat polisi ekonomi, pegawai kerajaan itu mendedahkan ada ketikanya polisi-polisi kerajaan UK tidaklah dipandu oleh situasi sebenar ekonomi, tapi ideologi yang menentukannya. Mudahnya, data dan situasi ekonomi yang dibentangkan kepada rakyat dipertunjukkan supaya menjustifikasi semua polisi kerajaan.

BACA JUGA  Didik diri dengan ilmu kewangan

Tanda pagar #truthonomics menjadi salah satu yang trending ketika konferen berkenaan.

9b. Ketika diskusi mingguan Political Economy di Cambridge, saya dan kawan-kawan pernah berbincang mengenai mengenai artikel Vote-buying via Monetary Aggregates. Biasanya, polisi monetari yang dibuat kerajaan sebelum dan ketika pilihanraya akan bersifat berkembang (expansionary).

BACA JUGA  J&T Express Meru Klang

Tujuannya: polisi sebegini meningkatkan aliran wang ke pasaran, lalu peningkatan kecairan ini membina keyakinan rakyat, meningkatkan perbelanjaan/permintaan domestik, lalu ekonomi akan berkembang, akhirnya mengukuhkan pertumbuhan ekonomi. Lalu ia menjadi bukti kerajaan berjaya menguruskan ekonomi, sekaligus membantu kerajaan sedia ada menang pilihanraya. Tetapi artikel ini pergi lebih jauh. Ia berjaya membuktikan bahawa polisi monetari berkembang sebelum dan ketika pilihanraya itu adalah untuk “membeli undi”. Bukti empirikal ini lebih jelas di negara berpendatan rendah, dengan pengundi yang tidak berpendidikan dan miskin.

9c. Pernah juga kami berbincang artikel Highway to Hitler. Suka saya ingatkan, sistem ekonomi di Jerman ketika zaman Hitler adalah sistem sosialis/komunis. Namun artikel ini, setelah menganalisis data-data dari jaringan lebuhraya (motorway network) yg dipanggil Autobahn yang dirancang dan dibina pada 1933-34 oleh Hitler yang melalui kawasan-kawasan tertentu, lalu dibandingkan dengan keputusan pilihanraya & referendum di Jerman selepas itu, membuktikan pembinaan Autobahn berkenaan berjaya meningkatkan sokongan kepada Hitler dan memenangkan rejim Nazi itu dalam pilihanraya.

10. Daron Acemoglu, Professor Ekonomi dari MIT, telah pun menulis panjang hal ini dengan data empirikal dan bukti sejarah. Dalam teorinya “Hierarchy of Institutions”, Acemoglu menyebut “Institusi politik mempengaruhi atau menentukan institusi ekonomi, lalu institusi ekonomi menentukan keberhasilan ekonomi (political institutions influencing equilibrium economic institutions, which then determine the economic outcomes)”.

BACA JUGA  MRS HOME FURNITURE ( Kedai Perabut Muslim)

-Dr Mahyudin Ahmad
UiTM Perlis

#jomfahamekonomi
#ekonomi_ekonokrasi

Nota: anda boleh google sendiri artikel, buku, atau terma yang  saya sebut dalam artikel ini jika mahu maklumat lanjut.

Rujukan fb Dr Mahyudin Ahmad:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=165667470664843&id=100016647733562

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular