5.3 C
New York
Tuesday, April 6, 2021
HomeMotivasiFIKSYEN KISAH JAD, ANAK YAHUDI

FIKSYEN KISAH JAD, ANAK YAHUDI

Assalamualaikum semua yang beriman dan bertaqwa

*KISAH JAD, ANAK YAHUDI*
(Kisah [email protected])

*Jad* kanak-kanak berusia 7 tahun pada tahun 40an tinggal bersama keluarganya di salah sebuah apartment di sebuah kota di Perancis. Beliau lahir daripada keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya adalah Profesor di universiti terkemuka di Perancis.

Di satu sudut basement apartment tersebut ada sebuah kedai kecil “serba lengkap” yang menjadi tempat bagi warga sekitar membeli keperluan harian mereka termasuk keluarga *Jad.* Kedai tersebut milik seorang yang berasal dari Turki, *Ibrahim*, 67 tahun; seorang yang sangat sederhana, bukan orang yang berpendidikan tinggi.

*Jad* yang masih kanak-kanak hampir setiap hari membeli di kedai tersebut. Bila berbelanja, biasanya tanpa pengetahuan *Ibrahim* Jad mengambil sebatang coklat. Satu hari Jad terlupa mengambil (mencuri) coklat tersebut.

Ketika hendak keluar meninggalkan kedai tersebut *Ibrahim* memanggilnya dan berkata: *”Jad* kamu lupa sesuatu, Nak.” *Jad* terus memeriksa barang yang telah dibeli tetapi tidak ada suatu pun yang dia lupa semuanya ada.

_”Bukan itu,”_ kata *Ibrahim. _”Ini.”_ Sambil memegang coklat yang biasa diambil *Jad*. Tentu sahaja *Jad* terkejut dan ketakutan. Takut sekiranya *Ibrahim* menyampaikan hal yang memalukan tersebut kepada ibu bapanya. Jad bingung dan pucat.

“Tidak apa-apa, Nak … Mulai hari ini kamu boleh ambil sebatang coklat percuma setiap kali kamu berbelanja di kedai ini sebagai hadiah. Tetapi berjanjilah untuk berkata jujur apabila mengambilnya,” kata *Ibrahim* sambil tersenyum.

Sejak hari itu *Jad* menjadi sahabat *Ibrahim*. Jad tidak hanya datang bertemu *Ibrahim* untuk berbelanja tetapi juga menjadi tempat Jad bercerita dan meluahkan perasaan. Bila menghadapi suatu masalah, *Ibrahim* adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi, *Ibrahim* tidak pernah terus menjawab sebaliknya meminta Jad membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di dalam sebuah kotak-kayu. *Ibrahim* akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara dan kemudian menerangkan jawapan dari masalah yang dihadapi oleh *Jad*.

BACA JUGA  Konsisten Dan Istiqomah
BACA JUGA  Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan

Perkara tersebut berjalan selama lebih kurang 17 tahun. Sehingga pada suatu hari salah seorang anak *Ibrahim* menemui *Jad* dan memberi kotak-kayu tersebut kepadanya sambil menyampaikan berita sedih kematian Ibrahim.

Waktu itu Jad sudah menjadi seorang pemuda. Kotak-kayu berisi kitab tersebut diterimanya dengan rasa terharu.

Satu ketika Jad menghadapi satu masalah yang sukar, Jad mengambil kotak-kayu tersebut dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang Jad pernah lakukan ketika bersama *Ibrahim.* Masalahnya Jad mendapati kitab tersebut bertulis huruf Arab. Jad pun meminta pertolongan sahabatnya yang berasal dari Tunisia untuk menerangkan maksud dua halaman daripada kitab yang dia sendiri yang telah membukanya. Sahabat Jad menerangkan maksud tulisan tersebut. Sungguh, apa yang disampaikan sahabatnya seolah-olah jawapan khusus bagi masalah yang sedang Jad hadapi.

*Jad* bertanya kepada sahabatnya: _”Ini kitab apa..?”_
_*”Al-Qur’an*, Kitab Suci Umat Islam.”_

Terkejut dan hairan *Jad* mendengar jawapan tersebut lalu Jad terus bertanya apakah syarat untuk menjadi seorang muslim.

Sahabat Tunisia beliau menjawab: _”Mudah, Syahadat dan berusaha menjalankan Syariah.”_

Pada hari tersebut *Jad* memeluk slam dan menukar namanya kepada *Jadullah Al-Qurani*. Jad berjanji akan mempelajari Al-Qur’an dengan sebaik-baiknya.

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi terutama ibunya yang bertugas sebagai profesor sukar menerima Jad memeluk Islam malah ibunya berusaha untuk mengembalikan *Jad* kepada agama Judaism.

Ibu Jad melakukan berbagai cara termasuk mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk menerangkan agama Judaism kepada *Jad*. Keadaan tersebut berjalan selama 30 tahun tetapi gagal memujuk Jad.

_”Ibrahim yang bersikap bersahaja telah mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad.”_
_Jadullah_ pernah berkata:

_”Saya menjadi muslim di tangan seorang lelaki yang tidak pernah bercakap soal agama” …_

_”Orang itu tidak pernah berkata”:_

BACA JUGA  KELEBIHAN SELAWAT KEATAS NABI
BACA JUGA  Kepentingan hibah dalam Islam - Petikan khutbah Jumaat Negeri Perak Hari ini 9 Mac 2018

_”Kamu Yahudi!!”_
_”Kamu Kafir!”_
_”Belajarlah agama!”_
_”Jadilah muslim!”_
_Tetapi orang itu menyentuh saya dengan akhlak, _Sebaik-baiknya perilaku._ _Memperkenalkan kepada saya kitab yang terbaik, Al-Qur’an”_

Jadullah mempelajari Al-Qur’an dan memahami isinya, kemudian beliau telah berdakwah di Eropah sehingga berjaya mengislamkan 6 Ribu Yahudi dan Nasrani di Eropah.

Satu hari Jadullah membuka lembaran-lembaran Al-Qur’an hadiah daripada Ibrahim. Tiba-tiba Jad menemui sehelai yang mengandungi peta dunia. Pada waktu melihat Benua Afrika, Jad menemui tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan tersebut tertulis ayat:

( ﺍُﺩْﻉُ ﺇِﻟَﻰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺑِﺎﻟْﺤِﻜْﻤَﺔِ ﻭَﺍﻟْﻤَﻮْﻋِﻈَﺔِ ﺍﻟْﺤَﺴَﻨَﺔِ )
_“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…”_
(QS. An-Nahl; 125)

Jad yakin bahawa tanda tangan dan ayat Al-Qur’an tersebut adalah wasiat daripada Ibrahim lalu Jad memutuskan untuk menunaikan Wasiat Ibrahim tersebut.

Setelah menyiapkan semua keperluan maka Jadullah pun meninggalkan Eropah berdakwah di negara-negara Afrika termasuk Kenya, Selatan Sudan (yang majoriti  penduduknya beragama Kristian), Uganda dan negara-negara sekitarnya.

Jadullah berjaya mengIslamkan lebih daripada 6 juta orang Suku Zulu. Ini baru ini baharu satu suku belum lagi dengan lain-lain suku.

*Jadullah Al-Qur’ani* meninggal dunia pada Tahun 2003 sebagai seorang pendakwah muslim yang tersohor.

Selama lebih daripada 30 tahun Jadullah telah mengIslamkan lebih daripada 6 juta penduduk Benua Afrika.

Ibunya memeluk Islam pada Tahun 2005 pada usia 78 tahun setelah dua tahun Jadullah meninggal dunia.

Fragmen Kisah benar Jad akhirnya menginspirasikan seorang Producer Filem Perancis menjadikannya dalam bentuk filem *“MONSIEUR IBRAHIM et Les Fleurs du Coran‘* *(Ibrahim dan Bunga-Bunga Quran)* di bawah arahan Pengarah *Francois Dupeyron*. Filem tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal kelahiran Mesir — Omar Sharif sebagai Uncle Ibrahim dan juga pelakon muda Perancis yang berbakat Pierre Boulange sebagai Jad — pemuda Yahudi.

BACA JUGA  Anda minat nak jadi Pelakon? Ini Peluang terbaik

Saudara-saudari, di atas adalah Kisah Benar yang sangat luar biasa yang berupaya menimbulkan inspirasi khususnya kepada para umat muslim terhadapa saudara2 yg belum Muslim.

BACA JUGA  Konsisten Dan Istiqomah

Marilah kita menjadi IBRAHIM itu!

Subhanallah.

bukan kisah benar, tetapi sekadar fiksyen novel… namun ada pengajaran yang baik yang boleh dicontohi oleh umat islam di malaysia…

Sumber : wikipedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Recent Comments