HomeCeritaGambar Kenangan Dan Program Agama PDRM

Gambar Kenangan Dan Program Agama PDRM

Pernah bertugas sebagai seorang anggota polis di cawangan FRU (Federal Reserve Unit) di Unit 5 ipoh Perak atau dalam bahasa Melayu nya PSP (Pasukan Simpanan Persekutuan).

Habis sahaja rekrut asas konstable di PULASAR ( Pusat Latihan Polis Serawak ) terus di hantar bertugas ke ipoh,Perak.

Mula pada tahun 2002 dan letak jawatan pada tahun 2014.

Letak jawatan diatas desakan masalah keluarga dan anak. Terpaksa mengikut Isteri yang bertugas di Politeknik Shah Alam yang sebelum itu sudah bertahun bertugas di Politeknik Sabah.

Tiada Tempat kosong untuk peluang pertukaran jadi keputusan letak jawatan di ambil.

Banyak gambar-gambar kenangan dalam simpanan sendiri telah hilang akibat handphone rosak. (Masa tu mana pandai google drive cloud storage lagi).

Baru-baru ini dapat sedikit gambar-gambar lama hasil perkongsian dari bekas anggota Jurukamera FRU yang sekarang telah pun bertugas di tempat lain.

Beberapa Keping gambar ini saya abadikan di dalam blog ini sebagai Kenangan.

Ada gambar ketika bertugas dan juga ketika pameran PDRM di Teluk Intan kalau tidak silap.

Ini Kenangan Program KeAgamaan di surau Al Mustaqim Fru Unit 5.

Hari-hari ada panggil nama setiap petang pada pukul 7 di surau untuk periksa kehadiran anggota-anggota yang telah pun di jadualkan untuk menghadiri program agama di surau. Program seperti Solat Maghrib Isyak berjemaah dan juga beberapa modul pembelajaran Agama.

Seingat saya Kelas agama di Surau Al Mustaqim di jalankan 4 kali seminggu konsisten sepanjang tahun. Tenaga Pengajar atau Penceramah adalah Ustaz-ustaz dari luar PDRM.

Pengajian Agama ini adalah Anjuran Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM.

pecah program ceramah agama 4 kali seminggu

  1. Usuluddin
  2. Kitab Mukasyafatul Qulub
  3. Hidayatus Salikin
  4. Kitab bebas

Mengikut gambar diatas jika tidak silap adalah semasa sambutan israk mikraj ceramah di sampaikan oleh Ustaz kazim.

Kenangan yang tidak boleh dilupakan aktiviti surau yang shahdu dan padu.

Ok bye jumpa lagi di next post.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Categories

Exchange

MYR - Malaysian Ringgit
AUD
3.0
BGN
2.5
BRL
0.8
CAD
3.3
CHF
4.5
CNY
0.6
CZK
0.2
DKK
0.7
EUR
4.9
GBP
5.7
HKD
0.5
HRK
0.7
HUF
0.0
IDR
0.0
ILS
1.3
INR
0.1
JPY
0.0
KRW
0.0
MXN
0.2
NOK
0.5
NZD
2.9
PHP
0.1
PLN
1.1
RON
1.0
RUB
0.1
SEK
0.5
SGD
3.1
THB
0.1
TRY
0.5
USD
4.2
ZAR
0.3