HomeBeritaGKP 3.0: RM500 JUTA UNTUK 1 JUTA PKS MIKRO DISALURKAN MULAI 12...

GKP 3.0: RM500 JUTA UNTUK 1 JUTA PKS MIKRO DISALURKAN MULAI 12 JULAI 2021

Demi kelangsungan PKS mikro dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Kerajaan telah pun menyalurkan RM1 bilion atau RM1,000 bagi setiap PKS mikro yang telah pun dikreditkan pada pertengahan Jun 2021 menerusi GKP 3.0 dan tambahan RM500 bagi setiap PKS mikro akan mula dibayar pada 12 Julai 2021 (Isnin) secara berperingkat.

Bagi GKP 4.0 yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH, penyaluran akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu pada bulan September dan November 2021. *Permohonan baharu bagi PKS mikro yang belum pernah menerima GKP boleh dibuat pada 15-31 Julai 2021*. Bagi inisiatif GKP, Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM6.1 bilion untuk memanfaatkan 1 juta PKS mikro.

Selain dari itu, terdapat juga inisiatif-inisiatif lain seperti dana pinjaman mudah berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN, serta dana pinjaman mudah oleh Bank Negara Malaysia berjumlah RM8.6 bilion yang disediakan bagi membantu PKS dan PKS mikro.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

 

Kementerian Kewangan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Recent Comments