5.3 C
New York
Tuesday, April 6, 2021
HomeBeritaKes Rusuhan Kuil Di Subang Jaya

Kes Rusuhan Kuil Di Subang Jaya

Isu kes rusuhan kuil Subang Jaya ramai pihak hanya keluar kenyataan main cakap tanpa mengetahui isu,fakta dan undang-undang sebenar. Jom kita baca tentang isu kuil ini dari tulisan seorang pegawai bersumber dari facebook belang biru.

Kes rusuhan berkaitan Kuil Subang Jaya..

1 ) PDRM totally berjaya mengawal keadaan.Nk kata PDRM lambat,itu TIDAK BENAR.Nk deploy PORU,FRU bukan sekelip mata.Ada peringkat dia.Setiap IPD ada LSF,sekirannya tidak dapat kawal keadaan,PORU akan digerakkan.Seandainya keadaan masih tidak terkawal,FRU akan mengambil tempat.Dan seandainya masih tidak terkawal,maka POPO ( ATM)  akan diatur gerakkan.Tetapi sejarah membuktikan FRU tidak pernah gagal untuk mengawal keadaan.Orang bertanya kenapa FRU tak gunakan gas pemedih mata,water canon dlm insiden tersebut.YA,bila bila masa FRU boleh gunakan.Tetapi FRU akan mengambil kira semua situasi sebelum bertindak.Percayalah,FRU Malaysia antara yg terbaik dan  mereka masih mampu berdiplomasi,tetapi AWAS jika loceng di trak FRU telah berbunyi.Ketika itu, tiada diplomasi.TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA ELEMEN ELEMEN PDRM YANG TERLIBAT SAMA DALAM PENUGASAN.

* SANG SAKA BIRU SEDIA BERKHIDMAT.

2 ) Insiden melibatkan anggota bomba.Beliau WIRA kita.Beliau masuk ke kawasan rusuhan untuk satu tugas yg murni.Tetapi beliau ditarik dan  dibelasah sehingga mengalami kecederaan parah oleh segelintir manusia berfikiran SYAITAN.Mari kita sama sama doakan semoga WIRA kita kembali sembuh.Kami sayang anda, kami mahu Adib bangun dan bangkit.Sekali lagi, Adib telah buktikan JBPM adalah organisasi yg sanggup berkorban walau nyawa mereka menjadi taruhan.Kita masih bersedih atas tragedi anggota bomba lemas.WE SALUTE JBPM !!!!!

3 )  Ahli politik,NGO,orang perseorangan.Janganlah meniup  sentimen perkauman.Berterbangan di media sosial bermacam jenis provokasi dan  hasutan.Apakah keadaan yang anda ingin lihat berlaku di Malaysia?Apakah kita sendiri ingin merosakkan keamanan dan kemerdekaan yg kita nikmati dari 31 Ogos  1957.Apakah anda hendak tinggal dalam keadaan perintah berkurung ? Jika tidak,jagalah keamanan dan keharmonian yang telah sedia ada.

BACA JUGA  Biodata Dr Noor Hisham
BACA JUGA  Siapa Dr Tang Seng Giaw?

4 ) Diharap Menteri mengeluarkan kenyataan yang sahih setelah mendapat pengesahan dari pihak berkuasa.Bukan buat sidang media hasil dari maklumat sebelah pihak.Yea,diawal kenyataan media KPD Subang Jaya memang ada sedikit kekeliruan, tetapi ia telah diperbetulkan semula.Tetapi kenyataan Menteri  yang mengatakan Polis lambat bertindak, tidak  diperbetulkan oleh Menteri tersebut sehingga kini.Diharap Menteri Menteri dan Ahli Parlimen diwajibkan mengadiri sendiri kursus Pengenalan Pasukan Beruniform seperti PDRM,JBPM,ATM.Saya amat yakin berapa ramai diantara mereka yg boleh mengetahui mengenai organisasi beruniform.Mereka tidak pun tahu LSF tu apa.Asalkan merah aje FRU.Malah lebih menyedihkan, ada yang tak tahu pun beza warna uniform dalam organisasi.Yang mereka tahu,cuma menyalahkan dan cuba menjadi Hero.

5 ) Matlamat tidak pernah menghalalkan cara dan undang undang.Perusuh,pembunuh,penghasut harus dikenakan tindakan sewajarnya. Tidak kira bangsa, agama dan  kedudukan.

6 ) Sama  sama kita doakan,semua yang cedera dalam insiden ini,kembali sembuh seperti biasa.Sama sama kita doakan Malaysia kekal aman  sejahtera selamanya.

7 ) Terima Kasih kepada PDRM, JBPM dan semua elemen yang bertugas siang malam.Mereka tidak pernah mengharapkan balasan atau pujian tetapi cukuplah sekadar kita mendoakan mereka dan tidak mempertikaikan tugas dan  amanah yang mereka jalankan.

FRU- Federal Reserve Unit
POPO(Angkatan Tentera Malaysia)
Pilihan terakhir
LSF (Light strike Force)
PORU-PGA (Pasukan Gerakan Am PDRM)

Sumber:- Facebook Belang Biru

Most Popular

Recent Comments