Home Motivasi Panduan Solat Sunat Tasbih

Panduan Solat Sunat Tasbih

0
364

Nabi Muhammad S.a.w telah menegaskan kepada bapa saudara baginda Abbas Bin Abdul Mutalib bahawa solat sunat tasbih dapat menyucikan dan membersihkan dosa-dosa lama yang berkarat di hati kita.

Segala amal ibadah kita, zikir,tasbih semuanya akan dikembalikan kepada kita dan menjadi cahaya yang terpancar di dalam diri. Semua amal perbuatan bani Adam adalah untuk diri mereka sendiri kecuali puasa di bulan ramadhan. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang membalasnya.

Sebelum Kita Membicarakan Soal Solat Sunat Tasbih, Kita baca dulu tentang perintah tentang bertasbih.

Sebagaimana yang kita tahu semua makhluq Allah yang ada di langit dan dibumi semuanya bertasbih kepada Allah kecuali Manusia yang sombong, ingkar dan lalai dari Allah S.W.T.

Maksud Kata Tasbih

Perkataan “Tasbih” diambil daripada kata “sabbaha” dengan mengucapkan kalimah tasbih iaitu Subhanallah (Maha Suci Allah) ia menyucikan kepercayaan hati atau i’tiqad terhadap Allah, bahawa Allah tidak bersekutu dengan apa pun, Allah tidak serupa dengan sesuatu, setiap sesuatu itu tidak setanding denganNya.

Ucapan Subhanallah itu adalah Taqdis yakni Memurnikan aqidah terhadap Allah dengan semurni-murninya.

Abdullah Bin Abbas R.anhuma pernah menjelaskan :

Maksudnya:- ” Maha suci Allah itu ialah membersihkan aqidah terhadap Allah Azza wa Jalla daripada setiap keburukan (keaiban,kecelaan,kelemahan,kekurangan dan sebagainya).

Pelbagai Jenis Kalimah Tasbih

سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِه

Terdapat banyak riwayat hadis tentang tasbih “سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِه” Subhanallahi wabihamdih. Saya Tulis beberapa contoh maksud hadis:-

  • Dari Abu Hurairah r.a memberitahu Nabi S.A.W bersabda : “Siapa yang mengucapkan di kala berpagi-pagi 100 kali dan di kala berpetang-petang 100 kali : “Subhaanallaahi wabihamdih;” nescaya akan di ampunkan segala dosanya sekalipun dia lebih banyak daripada buih lautan.” [H.R Al-Haakim : Shahiih menurut syarah Muslim ]
  • Dari Zaid B. Sahl Al-Anshaariy r.a. Nabi S.A.W bersabda : ” Dan siapa yang mengucapkan: “Subhaanallaahi wabihamdih;” 100 kali, nescaya Allah akan menuliskan untuknya 124 000 kebajikan.” [H.R Al-Haakim: Shahiih ]
  • Manakala dari Jaabir Bin Abdullah r.a. Rasulullah S.A.W bersabda : “Aku menyuruh engkau mengucapkan: “Subhaanallaahi wabihamdih;” kerana sesungguhnya dia adalah merupakan keberkatan makhluk, Tasbih Makhluk dan denganya direzekikan makhluk (punca rezeki).” [H.R. Ibnu Abi Syaibah]

Kalimat tasbih lainnya semua sudah sedia maklum adalah kalimat Al Baaqiyaat Ash-shaalihaat

سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِالله

Tasbih Juwairiyah

  • سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
  • Subhaanallaahi wabihamdihi, ‘adada kholqihi, waridho nafsihi, wazinata ‘arsyihi, wamidaada kalimaatih
  • Maha Suci Allah, Dan segala puji hanya bagiMu, sebanyak bilangan makhluk-makhlukMu, dan Seluas KeredhaanMu, dan Seberat perhiasan ArasyMu dan sebanyak bilangan kalimatMu.

Di dalam hadis oleh Imam Muslim dari Ummul Mukminin Juwairiyah iaitu Isteri Rasulullah S.A.W memberitahu pada suatu pagi, Baginda keluar dari rumah Juwairiyah dan menuju ke Masjid bagi melaksanakan solat subuh. Sewaktu Nabi Keluar, Juwairiyah sedang duduk di atas sejadah. Apabila Nabi kembali dari Masjid, matahari sudah terbit dan Juwairyah masih bersimpuh duduk di tempat sujudnya. Lalu Nabi bertanya, “Wahai JUwairiyah, adakah sejak tadi engkau duduk di tempat sujud dan tidak bergerak?” Juwairiyah menjawab, “Ya,Benar”

Nabi Muhammad kemudian berkata, “Apabila engkau membaca empat kalimat ini sebanyak tiga kali, nilainya di sisi Allah tidak kalah dengan membaca apa sahaja zikir yang engkau baca sejak menjelang subuh sehingga ke saat ini. Empat kalimat itu adalah, سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.”

Tasbih Juwairiyah ini sangat sesuai di baca selepas solat fardhu atau solat sunat Tasbih. kerana jika sesiapa membaca tasbih di atas sebanyak 3 kali dia akan mendapatkan lebih keutamaan disisi Allah berbanding bacaan wirid yang di baca lama oleh Juwairiyah di dalam kisah di atas.

Akan tetapi jika tasbih yang dibacakan di dalam solat sunat tasbih ialah Tasbih Fatimiyah iaitu سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر.

Cara Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat tasbih jika di lakukan pada siang hari ialah 4 rakaat satu salam. Manakala jika di lakukan pada malam hari adalah dua rakaat 1 salam kemudian dua rakaat lagi dan 1 salam terakhir, jadi jumlah rakaat tetap 4.

Dimulakan dengan Niat ” Ushalli sunnatat tasbiihi arba’a raka’aatin lillaahi ta’aala” (Aku berniat solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah).

Jumlah bacaan tasbih di dalam setiap rakaat adalah sama iaitu 75 kali tasbih سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر .

Maka 75 kali darab 4 rakaat kita dapati 300 kali tasbih.

  1. Selepas doa iftitah, baca Alfatihah dan surah kemudian baca tasbih 15 kali سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر
  2. selepas rukuk baca tasbih 10 kali
  3. selepas iktidal baca tasbih 10 kali
  4. selepas sujud pertama baca tasbih 10 kali
  5. selepas duduk di antara dua sujud baca tasbih 10 kali
  6. selepas sujud yang kedua baca tasbih 10 kali
  7. selepas duduk sebentar sebelum bangun ke rakaat kedua baca tasbih lagi 10 kali…maka selesai lah 1 rakaat dengan 75 kali tasbih سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر

Ulangi lah step 1 hingga 7 pada rakaat yang lain. Di ingatkan bacaan-bacaan di dalam solat di baca seperti biasa….cuma di tambah dengan Tasbih سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر sahaja.

Mudah bukan? cuma masa nya sahaja agak lama sedikit….perlukan sedikit semangat untuk mujahadah melawan perasaan lemah dan malas.

Zikir sesudah solat Tasbih ini boleh la di lantun dengan kalimat tasbih ini pula iaitu سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

10 kali, 33 kali atau 100 kali terpulang pada individu masing-masing. Kemudian selepas itu boleh baca doa khusus solat sunat Tasbih atau pilih bacaan doa daripada doa-doa al ma’thurat yang lain. Amiin.

“Dirikanlah solat tasbih, semoga Allah menyucikan hati hambanya daripada dosa-dosa yang dahulu mahupun dosa-dosa yang akan datang, dosa-dosa yang lama mahupun dosa-dosa yang baru, dosa-dosa yang disengajakan mahupun dosa-dosa yang tidak di sengajakan, dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar, dosa-dosa yang di lakukan secara sembunyi-sembunyi mahupun dosa-dosa yang di lakukan secara terang-terangan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.