HomeBeritaProgram LPPSA i-Prihatin

Program LPPSA i-Prihatin

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan program LPPSA i-Prihatin berkuatkuasa pada 09.07.2021. Program ini dituju pada pelanggan yang berstatus aktif.

Program LPPSA i-Prihatin ini ialah Pelanggan yang masih berstatus aktif dengan LPPSA layak memohon perlindungan tambahan selain daripada perlindungan Insurans/ takaful Mortage Reducing Term Assurance/ takaful yang pernah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.

Maksud perlindungan tambahan ini ialah pelanggan layak untuk memohon perlindungan kemalangan diri berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun dan dapat menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan yang bernilai RM100,000.

Senarai tawaran program LPPSA i-Prihatin (manfaat/perlindungan) adalah seperti berikut:-

  1. Kematian/ keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan;
  2. Keilatan separuh dan kekal akibat kemalangan;
  3. Jumlah perlindungan tambahan untuk kematian/ keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan semasa:                      i. melancong diluar negara ii. Di dalam pengangkutan awam
  4. Perbelanjaan Pengebumian akibat kemalangan;
  5. Perbelanjaan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan;
  6. Badal haji;
  7. Perbelanjaan pemulihan akibat kemalangan;
  8. Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan;
  9. Bayaran ambulans;
  10. Elaun kecederaan akibat diragut;
  11. Elaun penyembuhan denggi;
  12. Perlindungan akibat rompakan ATM; dan
  13. Pendapatan Harian Hospital akibat kemalangan (Maksimum 100 hari setahun).

Kepada pelanggan yang mempunyai akaun yang berstatus aktif dengan LPPSA boleh membuat permohonan perlindungan GPA ini di link pautan www.lppsa.gov.my/gpa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Recent Comments