HomeBeritaTarikh Permohonan i-Citra KWSP

Tarikh Permohonan i-Citra KWSP

Permohonan i-Citra KWSP hanya dalam talian melalui portal i-Citra. Bagaimanapun portal ini hanya boleh diakses bermula 12 julai 2021. i-Citra bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Tempoh permohonan icitra bermula 12 julai 2021 hingga 30 september 2021.

Laman Web Permohonan i-citra:- icitra.kwsp.gov.my

Kelayakan Memohon i-Citra

  1. Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun.
  2. Ahli KWSP termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  3. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun kwsp pada tarikh permohonan
  4. Anggota perkhidmatan awam yang memilih skim pencen boleh memohon i-citra. Walau bagaimanapun,mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan semula kepada kerajaan kelak.

Pengeluaran i-Citra akan dibayar ke dalam akaun bank anda. Pastikan Nombor akaun bank anda AKTIF (simpanan atau semasa). Akaun bank hendaklah di atas nama ahli sendiri. Akaun bank bukanlah akaun bersama atau syarikat.

Kaedah pembayaran i-Citra

Bayaran i-citra akan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

 

Peringatan

Ahli KWSP dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti di dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan one-Time password (OTP) untuk memudahkan ahli mengemukakan permohonan di samping akaun bank yang aktif untuk bayaran pengeluaran.

Pengeluaran i-citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). Untuk maklumat lanjut berkenaan i-citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP, di laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi talian hotline i-citra di 03-89224848.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular

Recent Comments